Pernahkah terlintas di fikiran, matlamat anda berpakaian cantik adalah untuk menarik minat kekasih atau meraih perhatian umum supaya mereka memuja kecantikan anda.
Mampukah helaian yang disarung itu mencetuskan magisnya? Pakaian juga dinilai sebagai satu objek seksual yang dapat dilihat pada tahap kecantikan dan kualitinya.
Takrif klinikal menjelaskan setiap individu perlu punya rasa obsesi terhadap sehelai pakaian khususnya untuk mewujudkan rasa eksklusif juga perangsang kepuasan seks.
Seseorang yang dapat mempamerkan rasa obsesi, mampu membangkitkan penglihatan seseorang yang lain terhadap pakaian juga personalitinya. Berimaginasi serta beri gambaran perasaan daripada fabrik juga potongan pakaian tersebut dapat menentukan kejayaan adegan yang akan berlaku.
Jenis Pakaian
Apa juga pakaian hampir menyamai teori. Ada kala bergantung pada si pemakainya. Jika anda seksi dan bergaya, di sinilah gaya yang ditonjolkan itu berjaya sampai kepada pancaindera pemerhati. Ia bukan semata-mata satu objek seksual namun juga dapat meningkatkan tahap keyakinan dan menonjolkan keperibadian positif.
• Korset
Pada 1980, penghibur muzik pop seperti Madonna dan Cyndi Lauper memperkenalkan dan mempopularkan semula korset sebagai pakaian luar yang berani. Pengaruh ini diikuti hingga kini dan diketengahkan dalam aliran utama fesyen. Pakaian seksi ini pasti menggoda kala dipakai, ia bukan suatu yang mustahil. Elemen renda menambahkan lagi imej seksi serta beri keyakinan untuk meningkatkan daya seks anda berdua.
• Skirt Hobble
Skirt vintaj yang ketat dan panjang hingga ke lutut atau ke buku lali. Ia juga lebih dikenali sebagai skirt pensel namun skirt hobble ini selalunya diperbuat daripada latex atau PVC dan dipadukan dengan korset untuk memberi gaya lebih seksi. Dengan pakaian ketat yang memaparkan susuk tubuh, pasti si dia lebih teruja.
• Stoking
Stoking nilon dan sutera sentiasa menjadi rangsangan seks paling berjaya. Pabila memakai dan menanggalkan stoking, si dia pasti rasa teruja dengan momen yang bakal membangkitkan rasa sensual ini. Sesetengah lelaki berpendapat, kala melihat kain jarang juga lembut, ia dapat membangkitkan lagi rasa ghairah pada zon sensitif mereka.
Jenis Fabrik
Fabrik sememang menyampaikan pesanan kepada pemakai serta pasangannya. Kala bersentuhan, pada mereka yang menyukai sesuatu fabrik, pasti akan dapat merasakan sensasinya. Fabrik lembut juga ketat amat sinonim digambarkan dengan cinta dan seks berahi.
• Bulu
Bertindak sebagai kulit kedua kepada pemakai. Bahan yang boleh menawarkan dorongan seks yang lebih bersungguh daripada tabiat normal. Anda lebih berasa selesa kala melakukan adegan seks dengan kehadiran fabrik jenis ini. Lembut dan tidak menjengkelkan. Fakta menyatakan bahawa bulu pada asalnya adalah kulit dan rambut haiwan.
• Kulit
Obsesi pakaian yang terarah kepada kulit dapat menghuraikan satu tarikan seksual. Bau dan bunyi fabrik kulit itu sendiri menjadi perangsang erotik buat anda yang obsesi dengan fabrik ini. Fabrik kulit biasanya akan ditampilkan dengan permukaan berkilau juga rona terang yang ketat. Maka timbullah keghairahan kepada mereka yang gemarkan fabrik jenis ini kala melihat anda mengenakannya.
• Latex/PVC
Biasanya satu cat suit dipadankan dengan but setinggi paha. Ia memberi imaginasi seksi buat si dia. Fabrik latex, biasanya dikaitkan dengan fabrik PVC yang ketat dan hitam berkilau. Ia mencetuskan keseronokan khayalan erotik. Pemakai yang mengenakan pakaian daripada fabrik ini selalunya bikin si pemerhati merasai lut sinar dengan membayangkan tubuh di sebalik fabrik itu.
• Spandex
Visual wanita seksi selalunya dikaitkan dengan pemakaian yang ketat. Namun, pakaian itu haruslah kena dan sesuai dengan si pemakai. Janganlah terlalu ketat hingga boleh bikin anda hilang tumpuan asal. Kala bergaya dengan fabrik ‘kulit kedua’ ini , kamu pasti tampil seksi dengan fabrik yang licin serta selembut sutera ini. Ia beri dimensi baru kala mempamerkan cinta.