Kehilangan sahabat paling rapat boleh jadi hal yang lebih perit dari kehilangan kekasih hati. Kerana disitulah tempatnya anda sering berkongsi hal-hal pribadi, masalah, dan pelbagai isu yang tidak boleh dikongsikan pada sesiapa, terutamanya memori kegembiraan dan kebanyakan masa lapang anda bersamanya.
Namun itu semua adalah proses bagi anda untuk melangkah ke hadapan. Tidak mengapa, tidak semua orang yang kita kenali itu akan kekal sampai bila-bila, mungkin fasa itu telah berlalu untuk anda terus ke hadapan dan menjadi versi diri yang lebih baik dari sebelumnya.
EH! senaraikan 5 sebab kenapa ianya ‘okay’ jika kehilangan rakan karib.
1. Anda tidak punya banyak masa.
Semakin usia meningkat semakin banyak tanggungjawab anda harus dipikul. Melangkah sahaja ke alam pekerjaan anda akan lebih sibuk dari biasa dan sudah mula menghargai masa yang ada. Bila ada kelapangan, anda kebiasaanya akan luangkan masa tersebut dengan keluarga, berehat atau berjumpa dengan rakan yang anda rapat sahaja. Pada fasa ini anda lebih menghargai seseorang yang berada di sisi anda sepanjang suka dan duka, yang mana menyokong anda hingga ke hari ini.
2. Tidak lagi bertoleransi dengan sesorang yang tidak tulus.
Dalam fasa ini anda sudah boleh mengecam seseorang, sama ada mereka menaikkan atau menjatuhkan anda, berkawan dengan anda atas kepentingan dirinya sahaja, atau seseorang yang jenis talam dua muka. Dalam hal kesibukan pekerjaan dan sebagainya anda akan menolak individu seperti berikut secara perlahan. Supaya anda boleh beri fokus pada mereka yang penting dan prihatin sahaja.
3. Pengalaman masa silam.
Pada usia remaja anda akan melalui pelbagai jenis pengalaman di mana sesorang mengelar anda sebagai kawan, menggunakan anda dan buang anda begitu sahaja. Mengetahui seseorang yang menyimpan agenda tersendiri ini amat mengecewakan. Tetapi dari perspektif lain ia memberi pengajaran. Apabila usia anda meningkat anda sudah boleh belajar untuk mengagihkan sahabat, sama ada mereka boleh di percaya dan di berharap atau mereka yang bakal membelakangkan anda semasa keadaan menjadi sukar.
4. Kepentingan anda berubah.
William Rawlins, profesor Interpersonal Communication di Ohio State University berkata walaupun sahabat karib anda merupakan keutamaan paling besar pada usia muda, keutamaan tersebut bakal berubah apabila anda meningkat usia, anda akan lebih fokus dengan kejayaan yang anda ingin capai, dalam pekerjaan, bisnes atau keluarga. Namun, walaupun kepentingan itu bertukar, ingatlah bahawa Friendship is still an essential key to happiness and wellness!
5. Trust friendship have grown.
Sahabat yang berada di sisi anda semasa anda menempuh segala suka dan duka adalah sahabat yang akan sentiasa berada disitu untuk menyokong anda. Dalam masa menempuh fasa tersebut pastinya ada yang memilih untuk pergi dan ada juga yang telah anda singkirkan. Yang tinggal hanyalah sahabat yang anda selesa, yang ringan dengan kata-kata nasihat, dan pastinya tidak akan menjatuhkan anda di depan dan di belakang anda. Dengan ikatan yang telah terjalin lama ini ada akan menyedari bahawa quality is much more important than quantity.