Lelaki juga manusia seperti wanita yang mempunyai kelemahan dan ketakutan dalam melalui fasa kehidupan berbeza-beza. Apakah perkara yang ditakuti oleh lelaki?
Komitmen
Untuk melepaskan zaman bujang mereka merupakan pengorbanan yang dianggap besar dalam kehidupan lelaki. Katanya mereka takut hilang nikmat zaman bujang jika mendirikan rumah tangga.
Melakukan kesalahan
Lelaki paling takut untuk gagal dan bagi mereka apa yang diusahakan harus sering Berjaya. Kritikan akan membuatkan mereka mudah kecewa apatah lagi melihat pasangan lebih berjaya.
Wang
Bagi sesetengah lelaki, kekuasaan adalah dengan wang. Ariana Huffington menulis untuk Forbes.com – “Men love women, men love money but men don’t love women with money”. Jauh di sudut hati mereka, lelaki harus ada tanggungjawab dalam mengepalai sesebuah hubungan.