Lelaki Suka Pujian
Sama seperti perempuan, lelaki juga sukakan pujian, lebih-lebih lagi tentang prestasinya di bilik tidur. Jadi, sebagai pasangan usah kedekut pujian, kerana anda juga yang menerima tempias kesannya. Pabila dipuji tentu mereka akan memperbaiki prestasi dan dalam masa yang sama sifat tolak ansurnya berganda dan tidak mementingkan kepuasan sendiri. Tetapi usah berlebihan atau terlalu kerap memuji kerana bimbang pujian anda sudah hilang keistimewaannya.