Lelaki Takutkan Hubungan Intim
Siapa kata semua lelaki taasub kepada seks. Ada juga yang berasa kurang yakin dan bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab di kamar tidur. Perasaan ini sering melanda mereka yang bakal atau baru sahaja mendirikan rumah tangga. Informasi tentang seks yang salah dan mengelirukan misalnya, menggandakan lagi rasa takut itu.