Perempuan juga ada cara tersendiri dalam menjerat hati teruna. Langkah ini mungkin membantu anda sebagai wanita untuk pikat si dia.
Jika salah aturan dalam menyusun kata takut dibilang perigi mencari timba. Buat yang bingung cara bagaimana, berikan panduan yang betul supaya anda kekal classy dan dihormati.
Langkah 1: Bertemu, Berdebar &…
Situasinya mudah, anda bertentang mata kali pertama dengan si dia, katakan di sebuah majlis perkahwinan teman yang anda berdua kenal dan jantung mula berdegup kencang. Bagaimana boleh anda hadapi situasi begini? Pertama tenang, mainkan peranan anda sebagai wanita yang tidak gelojoh dan jangan lekang senyuman.
Langkah 2: Bermula Dengan Pujian
Kecil Lelaki juga manusia biasa yang suka dipuji. Bermula dengan ucapan “Hi” boleh diteruskan dengan mengambil sedikit perhatian pada penampilan mereka. Sama ada rambut yang disisir kemas, baju yang menarik perhatian atau but Dr. Martens yang dipakainya. Dari pujian kecil ini perbualan boleh dipanjangkan dengan bertanyakan soal kerjaya, minat atau soal Dr. Martens yang menarik minat anda tadi.
Langkah 3: Bertukar Kontak
Jangan memulakan tindakan dengan cara meminta nombor telefon. Kekalkan dulu martabat anda sebagai wanita lagipun lelaki tidak suka wanita gelojoh. Susun permainan dengan bijak seperti mengikut akaun Instagram atau Twitter. Namun ada beberapa situasi lain yang memungkinkan anda bertukar nombor telefon jika ia berkaitan kerja. Situasi begini diizinkan jika anda mahu memberi nombor telefon tapi biarlah dengan cara profesional bukan terdesak.
Langkah 4 : Bukan Semuanya Kerana Cantik!
Lelaki mana tidak mahu mendampingi wanita cantik. Tapi hal tersebut hanya asas manusia. Wanita juga sukakan benda yang cantik bukan? Ada hal yang lebih ‘cantik’ daripada wajah yang cantik. Peri yang dimaksudkan adalah cara pembawaan diri anda. Syarat pertama amatlah mudah hanya dengan bermanis wajah – senyum, senyum dan senyum. Wajah manis anda akan mendapat perhatian lelaki mana-mana jika anda pandai membawa diri dan menjaga tutur. Tidak salah untuk sedikit ‘loud’ atau mengikut terma ‘menjadi diri sendiri’ tapi harus sentiasa ingat manusia menilai daripada first impression. Jika salah percaturan belum sempat memasang jerat mangsa singgah pun tidak.