Istilah Bromance yang berasal dari perkataan Brother Romance menjadi semakin popular di Korea. Ia bermakna kawan baik sesama lelaki. Menariknya, Bromance yang sama ertinya dengan makna Best Friend Forever ini menjadi perhatian peminat hiburan Korea untuk mengetahui siapakah kawan baik artis kesayangan mereka.
Sejak Bromance ini tular di Korea, banyak lelaki di Korea membuat pengakuan dan mengemaskini media sosial milik mereka dengan mempamerkan gambar Bromance. Malah, ramai juga selebriti Popular Korea mengambil kesempatan tersebut dengan membuat pengakuan. Pun begitu, ada juga komen negatif yang menganggap mereka sebagai pasangan homo. Apa sekalipun, sebuah stesen TV popular di Korea telah menerbitkan sebuah program berjudul Bromance yang menampilkan pasangan Bromance popular di kalangan Selebriti Lelaki Korea.
Istimewa buat pembaca EH! Korea Buzz, kami tampilkan 10 pasangan Bromance Popular Di Korea.