8) Jung Joon Young & Roy Kim
Pada mulanya pasangan ini tidak mengenali satu sama lain. Bagaimanapun, selepas menjadi peserta Super Star K yang menobatkan Roy Kim sebagai juara dan Joon Young Naib Johan, mereka menjadi begitu rapat. Malah, setiap kali muncul depan media, mereka berdua sering ditanya soalan berkaitan hubungan mereka. Walaupun mereka dilihat seperti musuh setiap kali muncul dengan album baru, ternyata mereka akrab dan sering bertukar pendapat mengenai album.