Jika perangai si dia mula menunjukkan perkara yang membingungkan, sudah tiba masanya untuk anda mula risau dengan hubungan kalian.
Dalam perhubungan sama ada yang sudah berkahwin ataupun yang mempunya kekasih hati, pastinya ada sahaja permasalahan yang timbul tentang kesetiaan dan kepercayaan. Kedua-dua ini adalah aspek yang paling penting dalam perhubungan agar ianya berkekalan.
Tidak kira perempuan atau lelaki, kedua-duanya memainkan peranan dalam aspek setia dan percaya dalam perhubungan. Tiada kata yang lelaki sahaja yang perlu menunjukkan sikap setia itu tidak pula perempuan. Perempuan juga mestilah setia dan taat kepada kekasih apatah lagi yang sudah berkahwin.
Namun, pastinya ada yang boleh merosakkan perhubungan atau rumahtangga yang telah termeterai. Ianya boleh dilihat dari cara-cara dan sikap si dia. EH! berkongsi tanda-tanda jika si dia tidak setia dalam perhubungan kalian.