Oleh: Farhana Fuad
Gambar: www.ingimage.com
Tahukah anda bagi mereka yang sudah bernikah, seks adalah satu hubungan intim yang baik untuk kesihatan? Hubungan seks dalam perkahwinan adalah satu hubungan suami isteri yang digalakkan kerana ia baik untuk kesihatan diri dan bagi menstabilkan mood yang kurang baik. Bahkan memulihkan lagi hubungan suami isteri serta merapatkan lagi hubungan antara suami isteri.
Eh! ada tips buat mereka yang sudah berkahwin dalam mendapatkan seks yang bagus.
1. Kajian mendapati semakin giat kita bersenam dalam mendapatkan tubuh yang fit, semakin aktif keinginan seks.
2. Urutan badan dapat merehatkan minda dari stress dan juga meningkatkan nafsu syahwat dalam pasangan suami isteri.
3. Baca novel-novel yang berunsur romance kerana ia dapat menimbulkan keinginan untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan.
4. Hanya dengan melakukan beberapa kali sesi meditasi atau beryoga dapat meningkatkan keinginan seks dan lebih mudah terangsang dengan pasangan anda.
5. Gunakan krim testosterone yang dirujuk melalui doktor terlebih dahulu kerana testosterone dapat menaikkan semula nafsu seks yang sudah mula dingin.
6. Pakar dalam bidang seks di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat mengatakan bahawa lelaki dan perempuan hanya memerlukan tujuh ke 13 minit sahaja untuk melakukan hubungan seks.Jadi, pasangan yang sudah bernikah anda tidak perlukan masa yang terlalu lama untuk mengecapi seks yang baik.
7. Haruman timun, dan bedak bayi boleh meningkatkan keinginan seks dalam diri perempuan serta melancarkan peredaran darah di bahagian sulit wanita lebih 13%. Haruman bunga lavender juga boleh melancarkan peredaran darah sebanyak 11%.Cuba letak paket haruman timun di sebelah bantal anda untuk menaikkan nafsu isteri anda.