Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Facebook Clever Girl Malaysia
Program Clever Girl Malaysia terbitan TV3 untuk edisi pertama akhirnya berakhir dengan kemenangan menjadi milik Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau lebih dikenali sebagai Fatin.
Gadis kelahiran pantai timur, Kelantan ini berjaya bergelar juara dengan mengalahkan tiga lagi peserta lain iaitu Arina Mohd Fairin Lum (Selangor), Mary Josephine Muhammad Houston (Pahang) dan Lam Wai Chuin (Perak).
Fatin membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi. Naib juara menjadi milik Arina yang menerima wang tunai RM10,000.
Program Clever Girl yang disiarkan secara langsung di TV3 ini mula ditayangkan pada 13 Mac lalu dan mengambil masa selama 10 minggu untuk tiba dipengakhirannya malam tadi.
Ia dimeriahkan dengan 14 peserta yang mewakili setiap negeri di tanah air ini. Setiap minggu penonton turut menyaksikan penyingkiran peserta yang menerima markah tercorot.
Program siaran langsung tidak menggunakan sistem undian SMS atau markah dari juri profesional. Malah ia diadili berdasarkan prestasi serta kebolehan setiap peserta dalam menjawab soalan kuiz.
Sebelum ini, program Clever Girl ini turut pernah dipertikaikan kepintaran setiap peserta yang menyertainya.