Oleh: Farhana Fuad
Buat mereka yang berhijab, pastinya ingin tampil indah berseri kala menyambut lebaran nanti. Alangkah lebih menawan jika mengenakan hijab yang selesa, sesuai dengan tona kulit serta serasi dengan rona baju pilihan hari raya.
Tiga Selebriti Popular Berhijab Sepenuhnya
Bukan hanya cantik yang perlu diambil kira, tetapi keselesaan dan kesenangan itu juga sangat penting dalam pemilihan hijab yang betul. Jadi, EH! kongsikan pilihan tudung buat menyambut hari raya nanti.
Padanan Hijab Sesuai Warna Kulit
Majestic Love dari Naelofar untuk Zalora
Eksklusif untuk hari raya nanti, koleksi Majestic Love mempunyai pilihan yang ternyata menarik. Berunsurkan jenis kain yang lembut dan keras serta menampilkan rekaan selendang segera dengan elemen bunga kulit dan kristal Swarovski. Koleksi ini hadir dalam 24 rona yang merangkumi pilihan warna pastel, gelap dan terang.
Gambar: Naelofar
J Hijab oleh Umie Aida
Rekaan terbaru koleksi J Hijab dan Datin Seri Umie Aida mempamerkan sentuhan femini sebagai inspirasi utama. Edisi pertama koleksi ini membawa enam rekaan dengan sebanyak 20 warna yang sesuai digayakan dengan semua jenis tona kulit. Bermaterialkan fabrik yang sangat selesa untuk dipakai seperti chiffon krep, chiffon georgette dan lycra. Terdiri dari tudung segera dan selendang lebar yang mengandungi perincian dan perhiasan yang sangat menarik.
Gambar: J Hijab