Oleh : Farhana Fuad
Gambar : TPGimages
Putera George kini genap 3 tahun! Anak kerabat di-raja ini dilaporkan akan menyambut hari ulang tahunnya dengan sebuah jamuan teh. Menurut laman People, Putera comel ini dan keluarga akan mengadakan majlis sambutan tersebut di Dewan Anmer yang terletak di Norfolk, England.
Tetapi ia masih belum jelas siapakah tetamu yang bakal dijemput hadir, yang pastinya akan dipenuhi dengan orang-orang kenamaan. Belum pun acara jamuan teh ini berlangsung, Putera George telah pun dihadiahkan dengan sambutan awal ulang tahun kelahirannya daripada Duchess Kate Middleton dan Putera William.
Hujung minggu lalu, Putera George dibawa ke satu acara rasmi untuk menyaksikan aksi pasukan tentera yang mana menonton aksi sebegini adalah sesuatu yang sangat digemari oleh Putera George.
Putera George dilahirkan pada 22 Julai 2013. Dua tahun selepasnya, Putera George mendapat seorang adik perempuan iaitu Puteri Charlotte. Selamat hari lahir yang ke-3 Putera George! Jom lihat himpunan gambar comel Putera George di bawah.


