Gambar : Shutterstock
Masalah kulit kusam adalah antara masalah kulit yang ramai wanita takuti. Pabila kulit wajah kusam dan hilang keserian, itu sedikit sebanyak mengurangkan kadar keyakinan diri kala berhadapan dengan orang ramai.
Namun, sebenarnya ramai yang keliru apakah sebab masalah kulit kusam berlaku. Jadi, EH! senaraikannya di bawah untuk informasi anda.
1. Penyahidrat
Kurang hidrat, bukan saja menyebabkan kulit rasa tegang dan tidak selesa tetapi juga punca utama kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya secara keseluruhannya. Tanpa penghidratan yang sempurna, sel pada dasar kulit menjadi tidak aktif dan menyebabkan kulit kelihatan tidak sihat, bertenaga serta berseri.
2. Tekstur kulit tidak sekata
Kehadiran tompok kasar pada permukaan kulit akibat tekstur kulit tidak sekata mengakibatkan ia tidak mampu menyerlahkan sinar dan seri cahaya secara keseluruhan, sekaligus menyebabkan kulit kelihatan berbelak-belak dan kusam.
3. Kolagen tidak tersusun
Apabila kulit semakin matang pula, serat kolagen semakin lemah dan menjadi tidak tersusun. Keadaan ini menyebabkan cahaya seri tidak mampu memancar pada kulit, menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap dan tidak berseri.
4. Pengedaran mikro yang lemah
Kulit orang Asia juga mempunyai masalah peredaran mikro. Ini bererti darah mereka kurang mengalir pada lapisan atas kulit yang menyebabkan kulit kelihatan kusam dan kurang bermaya. Kurangnya pengaliran darah pada dataran kulit di kalangan masyarakat Asia menyebabkan kulit kelihatan malap dan tidak begitu sihat.