Gambar: INGimage
Menurut National Sleep Foundation (NSF), tidur adalah perkara penting dalam kehidupan manusia. Pernah kajian dilakukan terhadap penduduk Amerika pada tahun 1999 sehingga 2004 yang menunjukkan sekurang-kurangnya 40 juta orang mengalami 70 jenis penyakit gangguan tidur dan 60 peratus daripada mereka mengalami masalah untuk tidur.
Itu adalah perangkaan 11 tahun lepas, bagaimana pula perangkaan kini yang mendambakan 24 jam masa mereka dalam mengejar dunia serba canggih kini?
Sudah tiba masa untuk anda menghargai masa tidur. Ketahui rahsia di sebalik tidur yang lena dan mencukupi.
1. Membaiki daya ingat
Apa juga yang anda lakukan atau pelajari di waktu jaga, akan diingati dengan lebih baik selepas tidur. Ketika tidur, otak menyimpan skil yang dilakukan dan kemudian disimpan dengan baik dalam memori.
Terlalu lama atau singkat waktu tidur boleh mempengaruhi jangka hayat anda. Tidur juga mempengaruhi kualiti hidup kerana jika cukup masa rehat, anda akan jadi manusia yang gembira dan sihat, sekaligus membuatkan pengalaman hidup lebih ceria dan bermakna.
3. Penyakit
Penyakit radang berkait rapat dengan penyakit jantung, strok, diabetes, artritis dan juga kesan penuaan. Kajian mendapati mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari mempunyai paras darah yang tinggi.
Tidur yang tidak mencukupi membuatkan tubuh anda penat dan sekali gus mempengaruhi hari yang anda lalui. Anda akan menjadi mudah marah, tidak bersemangat, hilang tumpuan dan tidak gembira.