Bertemu dengan penyayi kelahiran Jakarta, Indonesia yang memiliki kulit putih mulus Raisa Andriana adalah satu momen yang cukup istimewa buat saya secara peribadi.
Meminatinya sejak awal kegemilangan album ‘Heart to heart’ dengan lagu kegemaran ‘Pameran Utama’ membuatkan saya tidak berfikir panjang untuk membeli tiket konsertnya dan terbang ke Yogyakarta pada hujung Oktober lalu.
*Sesi temubual bersama media Indonesia dan Majalah EH!
Penyanyi berusia 26 tahun ini memiliki ton suara yang gemersik dan sangat ‘jazzy’, kolaborasi lagu Percayalah bersama Afgan baru-baru ini mengangkat namanya di pasaran muzik Malaysia.
Petang itu kami disapa mesra salah seorang pengurus Raisa, Matthew yang terus memberi pas media dan mengumpul kami di bilik temu bual, tidak sampai setengah jam menunggu kami disapa “Hi Guys! maaf lama tunggu,” sapa Raisa yang sudah berada di muka pintu dan menarik bangku terus duduk di hadapan kami.
Tidak mahu kelihatan gementar dan kekok berhadapan denganya, saya terus memperkenalkan diri dan memberi naskhah edisi November 2016 yang dihiasi oleh selebriti top 20 Ruhainies, Redza Rosli dan Elizabeth Tan.
*Sesi rehearsal dan sound check sebelum konsert jelajah oppo Handmade Tour dimulakan
Dalam album Handmade apakah lagu yang paling dekat dan menjadi kegemaran Raisa?
Banyak juga, it’s a different favorite for different reasons, tetapi kalau yang paling saya gemari buat album ini pastinya lagu ‘Jatuh Hati’, sebab jika ditakdirkan bahawa lagu itu bukan lagu saya pun saya pasti merasa seperti I wish I wrote and sing that song’ dan bagi saya lagu itu ramai orang pernah merasa, keduanya adalah ‘Nyawa dan Harapan’, kerana lagu itu sangat memberi impak, liriknya dipenuhi dengan kata-kata positif yang membuka minda and I’m glad I wrote that song.
Bilakah Raisa merancang untuk masuk dan memasarkan muzik di Malaysia?
Pastinya ada merancang, pernah juga ke Penang dan Kota Kinabalu untuk showcase, tetapi mungkin sedikit masa lagi saya akan memasarkan muzik saya di Malaysia.
Sepanjang konsert jelajah Handmade ini, apakan momen paling panik yang pernah dihadapi?
Kelmarin di Solo, skrin monitor skrip saya untuk bercakap mati secara tiba-tiba, jadi saya kekok dan tak tahu mahu berbicara apa, namun saya secara spontan berbual-bual kosong bersama penonton agar suasana tidak nampak janggal dan cemas di atas pentas.
*Mengayakan baju dari Andhita Siswandi, Raisa menyanyikan lagu Tentang Cinta, Love You Longer dan Sang Rembulan.
Secara personalnya kamu adalah seorang gadis yang feminin atau bagaimana?
Tidak juga, biasanya buat konsert saya akan begaya mengikut jangkaan penonton. Contohnya di Solo tempoh hari saya memang jarang membuat konsert di sana jadi saya menggayakan pakaian dress yang sedikit eksklusif. Tetapi buat gaya harian saya begaya seperti wanita biasa sahaja.
Bagaimana Raisa mengekalkan tenaga dan momentum sepanjang konsert jelajah ini?
Pastinya cukup tidur dan listen to your body. Perlu tahu limit diri sendiri. Biasanya saya akan ke gim untuk aktiviti keluar peluh dua ke tiga kali seminggu, sebelum konsert pula saya akan minum air madu lemon suam.
*Nyanyian Usai disini, Terjebak Nostalgia, LDR secara medley adalah antara kemuncak konsert pada malam itu.
Apakah yang Raisa akan rindukan usai sahaja konsert jelajah Handmade ini berakhir?
Pastinya pentas, arrangement lagu dan pemain-pemain muzik saya. Sedikit sedih kerana konsert jelajah ini sudah pun berakhir, pastinya menjadi salah satu pengalaman yang indah sepanjang karier saya.
Penyanyi kegemaran Raisa dari Malaysia?
Jaclyn Victor, saya amat kagum dengan vokal beliau dan pastinya Siti Nurhaliza dan Yuna.
Jika diberi kesempatan untuk berkolaborasi dengan penyanyi Malaysia, siapakan yang Raisa ingin jalinkan kerjasama dan mengapa?
Saya sekarang sering mendengari lagu-lagu Yuna dan menurut saya lagu-lagunya amat menarik, arrangement lagu yang up to date. Jika diberi peluang pastinya saya ingin berkolaborasi bersama Yuna.
*Raisa sempat memberitahu bahawa pelawaannya menjemput Afgan membuat persembahan di konsert terakhir ini tidak berjaya kerana konsert jelajah beliau di Makasaar sedang berlangsung pada hari yang sama.