(Sajian untuk 4 orang)
Bahan-bahannya
200 gram beras perang
500 ml air
1 sudu kecil garam
185 gram tuna (dalam tin yang bercili)
150 gram keju parmesan
Bahan untuk sos
100 ml santan
½ sudu garam
Cara-cara
1. Cuci dan toskan beras. Kemudian masukkan air serta garam dan masak sehingga lembut.
2. Lenyek tuna bersama nasi sejuk.
3. Tambah garam (bergantung kepada selera).
4. Panaskan ketuhar kepada 200 ° C. Letakkan kertas membakar (baking paper) pada dulang pembakar.
5. Bentuk campuran menjadi bebola kecil.
6. Gulingkan bebola dalam keju parut dan susun dalam dulang yang disediakan. Taburkan keju lebih di atas.
7. Bakar selama 8-10 minit atau sehingga keju menjadi perang keemasan dan rangup.
8. Hidangkan snek sebagai snek untuk energi.
Resipi dipetik daripada buku resipi Food for the Brain yang ditulis oleh pakar penuaan dari Jepun, Profesor Takuji Shirasawa. Menerusi buku ini, Profesor Takuji menjelaskan cara untuk menyihatkan otak dengan lemak-lemak yang sihat daripada kelapa dan lemak ikan. Sekali gus mengurangkan kesan degeneratif untuk jangka masa panjang. Food for the Brain boleh didapati di kedai buku Popular di seluruh negara pada harga pengenalan RM15.90 senaskhah (harga asal: RM19.90).