Resipi: Faridahhanumbaharudin
Gambar: whipperberry.com
Tidak dinafikan yang kini aktiviti membuat kuih raya semakin hapus dek ditelan zaman. Disebabkan kesibukan bekerja dan macam- macam lagi, aktiviti membuat kuih raya semakin luput dari pemikiran generasi kini. Namun, jika anda seorang yang masih mahu mengekalkan debaran dan keseronokkan berhari raya disamping untuk mendapatkan lebih penjimatan dengan membuat biskut raya sendiri sebagai salah satu persediaan menyambut lebaran, EH! kongsikan resipi mudah dan ringkas biskut raya moden red velvet buat manisan di aidilfitri nanti.
Bahan-bahan:
- 100 gram minyak sapi
- 200 gram mentega
- 120 gram gula kastor
- 40 gram badam
- 40 gram tepung kentang
- 45 gram tepung jagung
- 75 gram tepung ubi
- 300 gram tepung gandum
- 1 sudu kecil pewarna merah
- 3 sudu kecil selasih
Cara penyediaan:
- Sebatikan minyak sapi, mentega dan gula kastor kemudian masukkan pewarnan merah.
- Masukkan serbuk badam diikuti dengan tepung jagung, tepung kentang, selasih, tepung ubi dan seterusnya masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
- Ratakan doh yang sudah sebati kemudian dibentuk mengikut acuan pilihan anda.
- Bakar di dalam suhu 180 darjah Celsius selama 30 minit. Siap.