Resipi dari SHERATON IMPERIAL Kuala Lumpur
*Sajian untuk 30 orang
Gambar: Sumber Google
Sesetengah orang mementingkan masakan sendiri daripada mengambil sebarang tempahan katering kala ingin mengadakan majlis kecil-kecilan dalam menyambut tetamu yang hadir. Jenis masakan itu yang menjadi masalah selalunya apabila sesetengah jenis masakan memerlukan waktu yang panjang untuk memasak dan pelbagai perkara perlu disediakan.
Jadi, EH! kongsikan resipi gulai kawah utara dari Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur untuk dihidangkan kala majlis kecil-kecilan di kediaman anda.
Bahan-bahan :
1 kg daging lembu rusuk direbus secara berasingan dan dipotong 1 inci
Bahan-bahan A
• 100 gm bawang merah dicampur
• 50 gm bawang putih dicampur
• 30 gm halia muda dicampur
• 30 gm lengkuas dicampur
• 20 gm biji ketumbar
• Sedikit jintan hitam
Bahan-bahan B
• 5 gm kulit kayu manis
• 5 gm bunga lawang
• 5 gm buah pelaga
• 150 ml minyak masak
• 50 gm serbuk kari daging
• 20 gm serbuk cili
• 150 ml santan
• 120 gm kentang
• 70 gm pes kelapa
• 50 ml jus asam jawa
• 5 gm daun limau purut
• 50 gm cili merah potong empat
• 50 gm cili hijau potong empat
• 50 gm tomato potong empat
Perasa
• Garam secukup rasa
• Lada putih untuk penambah rasa
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga benih.
- Masukkan bahan yang telah dikisar, bawang, bawang putih, halia muda dan lengkuas sehingga wangi.
- Masukkan kari dan serbuk cili, dalam api perlahan kacau sehingga wangi dan masukkan daging tulang rusuk.
- Masukkan kentang dan tunggu sehingga kentang masak.
- Tambah cili merah, cili hijau dan tomato untuk hiasan.
- Masukkan garam secukup rasa.