Resipi dari Makan Kitchen, Double Tree by Hilton
Gambar: ayinemran.blogspot.com
Kadang-kadang boleh buat terliur jika difikirkan tentang makanan dan kadang-kadang juga jenuh dibuatnya untuk fikirkan menu masakan setiap hari dek kerana berulang menu yang sama setiap kali.
Jadi jom EH! hidangkan menu ikan patin masak lemak tempoyak tradisi kampung yang nyata menaikkan selera makan.
Bahan-bahan:
800 gram ikan patin (dipotong-potong)
300 gram cili burung
300 gram bawang merah (dikisar)
200 gram tempoyak
100 gram daun kunyit (dicarik-carik)
100 gram daun limau purut (dihiris-hiris)
200 ml santan
500 ml air
Garam dan lada secukup rasa
Cara-cara:
- Tumiskan cili burung, bawang merah, daun kunyit dan daun limau purut dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
- Masukkan air dan tempoyak. Biarkan sehingga mendidih barulah masukkan ikan patin.
- Pabila ikan hampir masak, masukkan santan. Kemudian masukkan lada dan garam secukup rasa.