Oleh : Razin Mohd
Telur masin dalam menu masakan kian menjadi kegemaran ramai. Bila pergi sahaja ke restoran atau kedai pastri, mesti ada satu menu yang disajikan bersama telur masin.
Kali ini EH! sajikan anda dengan satu lagi menu berasaskan telur masin yang mudah untuk dicuba!
BAHAN-BAHAN
300 gram spageti
2 sudu besar minyak zaitun
½ cawan daging ayam/daging lembu yang dihiris
4 ulas bawang putih
½ cawan cooking cream
2 biji telur masin
2 biji telur
Sedikit lada hitam & garam
CARA-CARA
- Didihkan air dengan satu sudu minyak dan secubit garam, dan rebus spageti sehingga lembut.
- Sementara itu, panaskan minyak zaitun, masukkan daging ayam/lembu dan masak sehinga 3 minit sehingga ayam/daging tersebut masak. kemudian masukan bawang putih yang sudah dihiris.
- Keluarkan kuning telur masin yang sudah siap direbus dan hancurkan sehingga halus, masukan kedalam 2 biji telur dan kacau sehinga sebati
- Tuangkan krim masakan kedalam tumisan bawang putih dan ayam/daging dan biarkan sehingga mendidih.
- Masukan telur yang sudah sebati bersama kuning telur masin ke dalam dan kacau sebati.
- Sebatikan bersama sedikit lada hitam dan garam mengikut selera (boleh juga hiriskan sedikit cili padi untuk rasa yang sedikit pedas)
- Masukan spageti ke dalam masakan dan gaul, api sudah boleh dipadam dan Salted Egg Carbonara sudah boleh dihidang.
*hidangkan bersama keju parmesan jika mahu