Hujung minggu pastinya banyak waktu yang terluang bersama ahli keluarga dan semestinya hidangan menu minum petang itu ibarat satu kebiasaan ketika menghabiskan waktu di rumah.
Gambar: www.azlitamasammanis.com
Jadi, EH! ingin kongsikan kepada anda resipi mudah pisang goreng keju yang menjadi pilihan ramai masa kini untuk anda cuba di rumah. Ianya mudah, ringkas dan menjimatkan! Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
Sebiji pisang tanduk (Boleh juga menggunakan jenis pisang yang lain)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur
1 sudu mentega
Secubit garam
Minyak masak secukupnya
1 mangkuk kecil keju Cheddar (diparut)
1 sudu teh susu pekat manis
Cara-caranya:
- Campurkan tepung gandum dan tepung beras. Adun sebati dan tambah air yang secukupnya (Jangan terlalu cair).
- Masukkan secubit garam bersama sesudu mentega ke dalam adunan tepung tadi.
- Hiris pisang tanduk dan masukkan ke dalam bancuhan tadi. Gaul rata.
- Goreng dalam minyak yang panas serta toskan.
- Tuang susu pekat manis ke atas pisang yang sudah digoreng dan ditos.
- Tabur parutan keju cheddar.
- Hidang ketika panas untuk lebih kenikmatan.