Gambar : Shutterstock
Majoriti orang Asia gemarkan makanan pedas. Boleh kata hilang selera makan jika tiada satu lauk atau hidangan pedas kala menjamu selera, lebih-lebih lagi kala makan tengah hari.
Sekali-sekala apa salahnya kita cuba sambal lain dari sambal belacan. Jom cuba resipi ringkas sambal mangga dari Indonesia ini untuk disertakan dalam menu makan tengah hari.
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
100g mangga setengah masak, dipotong memanjang
Sedikit perahan air limau nipis
Bahan Kisar:
8 cili merah
3-8 cili padi merah
1 sudu teh belacan
Cara Membuatnya:
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
- Apabila sudah naik bau, masukkan gula dan garam.
- Matikan api dan pindahkan sos yang sudah ditumis ke dalam mangkuk.
- Kemudian campurkan potongan mangga dan gaul sebati.
- Akhir sekali, tambahkan perahan air limau nipis.
- Siap!
Sumber : Jelita.com.my