Resipi : Ayam Brand
Gambar: Ayam Brand
Kala menjelang bulan puasa, perkara yang sering menjadi masalah adalah memikirkan idea masakan untuk menu berbuka. Ada sebahagian kita hanya mencari juadah berbuka di bazar Ramadan. Tetapi ada juga yang lebih senang dengan masakan sendiri di rumah.
Jadi, sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelma, Ayam Brand tampil dengan resipi yang mudah dan menyelerakan. Tidak salah untuk rasai kenikmatan sayur lodeh terlebih awal.
Ikuti resipi yang cukup terkenal di Malaysia ini buat hidangan kala berbuka nanti. Selamat berbuka!
Bahan-bahan
- 1 tin 185g Ayam Brand Tuna Flakes in Oil, dikeringkan
- 1 sudu besar pes cili
- 4 biji bawang merah, dihiris
- 1 ulas bawang putih, dihiris
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- ½ inci halia
- 200ml Santan Kelapa Ayam Brand
- 300ml air
- ½ kubis (sederhana),dipotong tebal
- 200g kacang panjang, dipotong mengikut kesesuaian
- 1 ubi kentang, dipotong kiub
- Garam dan lada
- Suhun,rendam dan keringkan
Pilihan (digoreng)
- 2 tofu, dibelah empat
- 100g tempe, dipotong mengikut kesesuaian
- Letakkan tuna, pes cili, bawang merah, serbuk kunyit dan halia didalam periuk. Tuangkan santan dan air.Letakkan periuk di atas api yang perlahan dan kacau sekali-sekala sehingga mendidih.
- Masukkan kacang panjang, lobak dan ubi kentang. Masak sehingga agak lembut.Masukkan kubis dan masak sehingga lembut. Tambah garam dan lada secukup rasa.
- Masukkan beras dan suhun. Hidangkan.