Oleh : Khairul Abidin
Petang-petang di hujung minggu biasanya pasti akan ada hidangan seperti pisang goreng, cendol, dan macam-macam lagi sebagai menu minum petang kala di rumah.
Jadi kali ini, EH! ingin kongsi menu tuna wrap pula untuk anda cuba tidak kira untuk hidangan sarapan pagi mahupun minum petang.
*Sajian untuk 2 orang
Bahan-bahan
185g kepingan tuna dalam minyak zaitun (ditoskan tetapi simpan baki minyaknya)
200g jagung manis
50g lobak merah, parut nipis
4biji tomato ceri (dipotong dadu)
4 keping daun salad
50g timun (dihiris nipis)
Garam laut & lada
2 keping tortila wrap wholemeal
Balsamic vinegar atau sos cili (pilihan)
Cara-cara
Campurkan tuna dengan sedikit minyak zaitun dari tin.
Tambah jagung, lobak parut dan tomato yang telah dipotong dadu dalam campuran tersebut .
Campurkan garam dan lada secukup rasa.
Dalam kuali (pastikan tidak melekat), panaskan yang tortila dan ketepikan.
Letakkan tortila di atas permukaan yang rata, letakkan salad di tengah-tengah
Letakkan 1 hingga 2 sudu besar campuran tuna ke atas daun salad.
Tambahkan timun dan lobak merah. Kemudian gulung balutan tersebut dengan perlahan-lahan. Potong dua tortilla.
Ulangi dengan balutan tortila yang kedua dan hidang bersama daun salad.
TIP HIDANGAN:
Sebelum menggulung tambah sedikit balsamic atau sos cili secukup rasa.
Resipi dipetik daripada buku resipi Food for the Brain yang ditulis oleh pakar penuaan dari Jepun, Profesor Takuji Shirasawa. Menerusi buku ini, Profesor Takuji menjelaskan cara untuk menyihatkan otak dengan lemak-lemak yang sihat daripada kelapa dan lemak ikan. Sekali gus mengurangkan kesan degeneratif untuk jangka masa panjang. Food for the Brain boleh didapati di kedai buku Popular di seluruh negara pada harga pengenalan RM15.90 senaskhah (harga asal: RM19.90).