Gambar Arkib Chanel
“I really care about women and I wanted to dress them in suits that make them feel at ease, but that still emphasize femininity,” sebaris kata-kata Gabrielle Chanel saat dia ingin memperkenalkan jaket Chanel. Legasi jaket Chanel berjaya mencipta evolusi. Ia bukan sekadar sepersalinan pakaian, tetapi bertaraf ikonik, bernilai tinggi malah lambang kebebasan dan keunikan seorang wanita. Gabrielle Chanel pencetus ‘Chanel Jacket’.
Gabrielle Chanel
Kemunculan jaket Chanel ini adalah berinspirasi daripada Gabrielle Chanel ketika era 1950-an berdasarkan pengamatannya pada era itu yang mana gaya pakaian wanita terlalu punya sekatan dan tiada kebebasan. Dia berjaya menggabungkan idea kasual, elegan, selesa dan functional ke dalam satu rekaan. Bermula dengan pemilihan fabrik iaitu, Tweed, potongan jaket lebih kepada potongan lurus, edge to edge yang menampakkan lagi gaya elegan kala dipakai. Setiap perincian pembuatan jaket dilangsungkan dengan sangat teliti.