Oleh : Farhana Fuad
Selain dari baju-T putih yang sudah semestinya kena ada dalam gerobok fesyen, yang hangat sekarang ini adalah ripped jeans. Ia satu item fesyen yang kian popular kini, lebih-lebih lagi di kalangan selebriti.
Jom lihat celana denim ripped jeans kesukaan selebriti masa kini di bawah buat inspirasi gerobok fesyen anda.
Rozita Che Wan
Gambar: Instagram Rozita Che Wan
Aktres jelita ini sentiasa tampak versatil dan punya gaya fesyennya yang tersendiri. Pilihan ripped jeans yang Rozita Che Wan gayakan juga punya rekaan yang sekata serta tidak terlalu menampakkan kulit. Rekaannya yang slim fit membuatkan kaki kelihatan lebih panjang.
Nabila Huda
Gambar : Instagram Nabila Huda
Ripped jeans yang digayakan ibu kepada Keisha Laila ini punya potongan boyfriend jeans. Corak caritannya juga lebih edgy dan membuatkan dia tampak berani.
Scha Alyahya
Gambar : Instagram Scha Alyahya
Scha memilih ripped jeans biru navy dengan caritan di bahagian lutut. Ronanya yang biru pekat membuatkankannya tampak kasual formal dalam masa yang sama.
Ameliath Henderson
Gambar : Instagram Ameliath Henderson
Hos TV ini punya pilihan tersendiri untuk ripped jeans. Potongan slim fit dan caritan tertumpu pada bahagian lutut dan paha membuatkan penampilan Amelia kelihatan sungguh chic.
Yuna
Gambar : Instagram Yuna
Penyanyi tersohor negara, Yuna, boleh dikatakan agak hebat dalam berfesyen walaupun mengenakan hijab atau turban. Gandingan ripped jeans potongan boyfriend serta kot labuh sesuai digayakan bersama.
Kaka Azraff
Gambar : Instagram Kaka Azraff
Ripped Jeans pilihan Kaka tertumpu pada caritan di bahagian lutut dan juga paha. Potongannya yang slim fit sesuai digayakan bersama sepatu bertumit tinggi untuk tampak lebih tinggi dan cool.