Umum tahu yang mana hubungan Nabila Huda dan anaknya, Keisha Laila sememangnya cukup rapat dan EH! kategorikan mereka sebagai pasangan ibu dan anak yang paling cool.
Dilihat baru-baru ini Nabila atau lebih dikenali dengan panggilan Abil berkongsi akan sifat cemburu anaknya itu dengan dirinya menerusi beberapa video di akaun Instagram miliknya.
Bermula dengan video rakaman di mana Abil bersama Keisha dan Bert sedang menonton program Romantika terbitan Astro yang membawa Abil bersama suaminya terbang bercuti ke Australia.
Menerusi video tersebut, Abil memberi fokus kepada sifat cemburu anaknya terhadap dirinya. Abil berkongsi kepada EH! yang mana Keisha sehingga sekarang ini masih lagi tidak boleh menganggap yang suami kepada pelakon popular ini, Mohd Izwan Johar atau dengan panggilan Bert adalah ayah tirinya, namun beranggapan yang Bert masih lagi ‘boyfriend‘ nya.
“Sampai sekarang Keisha masih lagi menganggap Bert tu adalah ‘boyfriend’ dia. So, dia memang tak boleh terima untuk jadi dia punya stepdad.
“Whatever it is, dia memang takkan panggil Bert ‘daddy‘ or ‘papa‘ atau apa sahaja. Itu memang ‘boyfriend‘ dia,” jelas Abil menerusi aplikasi Whatsapp.
Apabila ditanya adakah Abil dan Bert ada merancang untuk mempunyai anak bersama, pelakon filem Munafik ini menjawab “Of course. Semua orang yang dah berkahwin mesti mahukan anak. It’s a must. Tapi kami tidak merancang pun. But we keep trying like always, tapi tiada rezeki lagi. Lelaki atau perempuan? Kami tidak kisah pasal tu. As long as we get baby, we are fine.”
Abil sendiri tidak boleh menjawab apakah penerimaan Keisha jika dia mendapat adik lagi.
“Haa…Itu susah sikit nak jawab sebab sedangkan saya adalah mummy dia sendiri pun dia jealous, apatah lagi baby lain. Itu saya susah nak cakap. I have no idea. Kena tunggu nanti bila masa itu sampai, macam mana kerenah dia nanti. Saya kena record video tu,” ujar Abil.
Ibu kepada Keisha Laila ini turut menerangkan yang mana Keisha rapat dengan kedua-dua bapanya, iaitu Bert dan bekas suami Abil (Zaidi Zailani). Namun, tidak dinafikan yang Keisha memang rapat dengan Bert.
“Keisha rapat dengan kedua-duanya. Tetapi dia memang rapat dengan Bert sebab dia memang banyak kongsi benda dengan Bert, and also dengan daddy dia. After daddy dia, Bert lah orang yang paling dia rapat. Dia selalu luahkan rahsia dia dengan Bert. Kiranya, Keisha dengan Bert transparent lah. Tapi dengan saya dia macam susah sikit nak kongsi semua dengan saya. I even don’t know why, mungkin dia takut saya marah atau apa-apa. So, dia banyaklah kongsi dengan Bert, tapi Bert akan beritahu saya.” kata Abil lagi.
Tambah Abil lagi, Keisha sememangnya sentiasa cemburu dengannya. Tetapi pabila Keisha bersama Bert sahaja, karakter Keisha turut akan berubah.
“Bila dengan Bert sahaja, karakter dia memang akan berubah. Dia akan jadi lovey dovey. Tapi bila saya balik, karakter dia terus berubah, jadi garang semua. Kadang-kadang saya sendiri ada rasa cemburu tu bila dia terlalu rapat dengan Bert. Kami seakan berebutkan Bert ni lah,” kata Abil sambil tergelak melalui voice note.
Sifat cemburu anak perempuannya itu yang kini baru sahaja berusia enam tahun itu sehinggakan segala pujian Bert terhadap ibunya pasti akan dicemuh dan disebabkan itu, Bert harus memujinya setiap masa.
Namun, sifat cemburu Keisha itu tidaklah mengambil masa yang terlalu lama atau pun terbawa-bawa. Bagi Abil insiden cemburu yang paling kelakar baginya adalah sewaktu pasangan ini terbang ke Australia untuk rakaman program Romantika.
“Insiden yang paling kelakar adalah masa rakaman Romantika yang mana Keisha sendiri tidak mengetahui bahawa kami terbang bersama ke Australia kerana kami perlu merahsiakan dari dia sebab dia pasti akan cranky nanti. So, dia akan kira hari bila kami akan pulang, dan semuanya akan jadi lagi complicated dan boleh menyebabkan mood dia di sekolah terganggu serta terlebih emosi. Jadi, kami pun merahsiakan perkara itu dari dia. Namun, ketika kami balik dari Sydney ketika itu baru dia tahu akan perkara tersebut dek kerana Keisha ternampak rancangan Romantika tersebut. Tapi dia memang tak merajuk pun.
“Cuma dia ajak kami berbincang. Bila dia mula jadi psiko, dia mula tonton, rakam, ulang semula, rewind, forward dan tanya setiap soalan kepada kami. Macam mana kami pergi ke sana, bila, kenapa dia tak tahu, semuanya,” kongsi Abil lagi.
Ternyata dari situ pasangan anak beranak ini sememangnya yang paling cool dan bahagia bersama. Abil akui yang mana banyak lagi perkara cemburu Keisha yang belum dapat dikongsikan lagi.
EH! kongsikan rakaman Nabila Huda bersama anaknya, Keisha Laila yang mencuit hati.