Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Aloft KL Sentral
Sesekali bukan hanya minda sahaja perlukan liburan untuk ketenangan, malah santapan makanan yang menyelerakan juga mampu menjadi terapi buat diri yang inginkan bersantai.
EH! memilih restoran Nook di Aloft Kuala Lumpur Sentral untuk pilihan restoran yang menghidangkan santapan mewah dan lebih moden dengan mood kelas pertama. Suasana di Nook memberikan dimensi yang berbeza. Rekaan dalaman yang lebih futuristik direplikasi dari kelas pertama dalaman sebuah jet.
[soliloquy id="91431"]
Menu makan yang disajikan restoran Nook adalah gabungan rasa, tekstur dan kesegaran. Antara pilihan makanan yang disyorkan oleh chef terkemuka di sini adalah Laksa Sarawak yang berkrim pedas, dibuat dengan pes khas dari negeri Sarawak bumi Kenyalang, Nook Beef Burger, Nasi Lemak dan Nasi Ayam.
Team kulinari di Aloft KL Sentral diterajui oleh Chef Eksekutif, Phoebe Donko-Hanson. Chef yang baru sahaja mengambil tempat sebagai ketua di bahagian kulinari di Nook ini tidak takut untuk mengembangkan stail baru serta citarasa yang lebih bold. Chef Phoebe bakal memperkenalkan menu terbaru di restoran Nook yang mana akan mementaskan citarasa lokal ke masakan fusion antarabangsa.
Berasal dari Ghana, Chef Phoebe mula bijak dalam memasak sejak dari kecil lagi. Semasa memasak, dia akan mengimplankan rasa yang hadir dari zaman kanak-kanaknya, melakar memori sewaktu remaja. Chef Phoebe mempunyai sahabat yang pelbagai jenis latar belakang dan budaya sewaktu di bangku sekolah. Sewaktu itulah di mana Chef Phoebe berkongsi makanan bersama rakan-rakannya dan melakar inspirasinya dari pengaruh etnik dan tradisi global termasuklah Haiti, Jamaica, Amerika Selatan, Vietnam, Korea dan banyak lagi.
Chef Phoebe adalah pemegang dua sijil ijazah iaitu di dalam Seni Kulinari dan Bahasa Inggeris. Dia berpindah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya serta di sana Chef Phoebe mula memasak di Boston. Sejak tahun 2006, kariernya mula berkembang apabila dia bekerja di Starwood Hotel & Resorts, di mana dia bekerja sebagai Chef Eksekutif Sous di W Retreat & Spa di Maldives. Chef Phoebe pernah berpeluang memasak untuk Presiden Bill Clinton serta menghidangkan makan malam di anugerah James Beard.
“Saya teruja ini bekerjsama dengan pasukan kulinari di Aloft KL Sentral, memupuk kreativiti yang akan mendorong pasukan saya ke arah kemajuan yang bermutu,”
“Di Kuala Lumpur, saya menjumpai ada sesetengah citarasa yang mengimbas kembali kenangan sewaktu zaman kanak-kanak saya seperti birds eye chillies, rempah dan bawang putih yang mana saya akan menggunakannya dengan lebih kerap demi mendapatkan citarasa masakan tempatan dan antarabangsa,” ujar Chef Phoebe.