Oleh Yana Baharudin
Pertemuan hari raya perlu tampak segar sepanjang hari dan perlu ambil kira tentang fabrik yang digunakan untuk helaian agar acara junjung mengunjung ke rumah sanak saudara tidak terbatas. Perlu pilih yang serap peluh namun mustahil untuk hanya memilih fabrik kapas atau sutera sahaja, dek kerana ia hanya disambut setahun sekali! Sekurang-kurangnya anda perlu berterima kasih kepada kumpulan pereka Triumph kerana menyuntik rekaan pakaian dalam yang diperbuat daripada fabrik yang selesa, serap peluh dan sejuk sepanjang hari.
![]() ![]() ![]() |
Selaras dengan tema rangkaian Cool Sensation, rekaan inovasi baru ini dikatakan dapat mengurangkan 1.27C suhu badan dan dijamin sejuk. Malah, rekaan berpad yang disertakan juga dapat membentuk keanjalan payudara, serta mengekalkan bentuk badan dengan rekaan body sut dan seluar dalam yang dapat menyokong bentuk pinggul anda. Masih punya masa untuk mengunjungi butik Triumph dan stor beli-belah hanya dengan harga RM199.90 untuk coli dan RM49.90 untuk seluar dalam.
![]() ![]() ![]() |