Boleh kata semua filem dari Hollywood tidak sah tanpa babak intim. Agaknya apa perasaan mereka kala melakonkannya? Ketahui di rencana ini.
Gambar: Sumber Google
Boleh kata semua filem yang dihasilkan di Hollywood, pasti ada babak-babak bercumbu atau hubungan intim antara hero dan heroin. Ia seakan menjadi satu kemestian dalam sesebuah filem dari negara barat ini.
Namun, sudah semestinya tatkala filem tersebut memasuki layar panggung di negara kita dan negara-negara yang tertentu, ia akan ditapis mengikut undang-undang negara tersebut demi menjaga keamanan serta menghormati budaya dan agama.
Pernahkah anda tertanya, apakah perasaan pelakon yang memainkan babak-babak intim tersebut? Ketahui perasaan beberapa orang selebriti Hollywood ketika melakonkan babak hubungan intim di dalam sesebuah filem.