Oleh : Khairul Abidin
Culottes, palazzo dan wide leg antara gaya potongan celana yang jadi kesukaan Vivy Yusof. Pengasas Fashion Valet ini cukup senang menggayakan seluar dalam potongan sebegini, selain selesa mungkin ia member ilusi tubuh yang lebih tinggi.
Dan Vivy juga bijak memadankannya dengan baju juga aksesori sepadan. Paling penting ialah pemilihan sepatu kerana silap pilih anda boleh nampak lebih rendah dan lebih lebar. Saya memilih 10 gaya terbaik Vivy Yusof dalam padanan celana longgar.
Easy breezy! Jumper dan seluar lebar dalam ton sepadan tudung.
Kala ke Singapura, Vivy menggayakan culottes merah sepadan dengan top dalam ton warna yang sama.
Mainan polos dalam dua ton, kelabu dan putih. Minimalis!
Vivy menerapkan corak hanya pada tudung dalam padanan ini.
Denim dalam gaya rekaan culottes ini cukup santai namun masih stylish.
Vivy selesa menggayakan dua ton warna saja dalam penampilannya, seperti pada padanannya ini.
Trik mudah untuk nampak tinggi, gayakan saja celana high-waisted.
Gaya ‘malas’ hujung minggu.. but still stylish!
Secara peribadinya saya sukakan warna palazzo ini… and that Diorama.
The best cameo! Kemunculan Daniel dalam gambar-gambar Vivy di Instagram sering mendapat perhatian.