Selain mengambil panadol, mungkin anda boleh cuba cara ini untuk redakan suhu badan yang panas. Cubalah!
Gambar : Shutterstock
Masih ramai orang yang pabila demam mereka menjauhi ubat. Mereka lebih senang membiarkan demam kebah dengan sendiri. Pabila demam ada yang lebih senang untuk tidur dan berehat di rumah. Dan kadang-kadang ada juga yang masih pergi bekerja kerana pada mereka pabila sakit usah dilayankan sangat, nanti lagi menjadi-jadi. Entahlah, saya pun kurang pasti betul atau tidak teori itu. Mungkin betul.
Kali ini EH! mahu berkongsi beberapa cara merawat demam dengan secara semula jadi. Mungkin anda yang tidak mahu ke klinik atau takut makan ubat boleh mencuba beberapa cara berikut. Siapa tahu berkesan untuk anda.
Tapi, lakukan petua atau cara merawat demam ini jika demam atau suhu badan anda berada 38.3°C dan ke bawah. Jika demam melarat seeloknya bertemu doltor kerana bimbang demam yang anda sangka demam biasa rupanya lebih berbahaya dari yang dijangka.
Gosok Badan Dengan Span Basah
Basahkan span dengan air sejuk dan lapkan pada bahagian tubuh yang panas seperti ketiak dan dada.
Letakkan Kain basah Di Dahi
Basahkan kain dan letakkan di atas dahi dan juga belakang leher. Ini antara cara yang paling popular.
Minum Teh Herba
Minum secawan dua teh yarrow kerana ia berkesan dalam membuka pori kulit sekaligus menggalakkan tubuh berpeluh. Atau anda boleh cuba herba elderflower, ia juga merangsang tubuh untuk berpeluh. Rendamkan elderflower dalam air panas selama 15 minit barulah diminum. Amalkan tiga cawan sehari sewaktu anda masih demam.
Minum Teh Halia
Boleh juga cuba meminum teh halia. Cara sediakannya mudah, masukkan setengah sudu besar serbuk teh bersama halia yang dicincang ke dalam air panas. Biarkan sejuk sekejap sebelum minum.
Makan Serbuk Lada
Ini adalah satu cara yang baru saya ketahui. Taburkan serbuk lada (Cayenne pepper) ke dalam makanan. Cayenne membuatkan kita berpeluh dan menggalakkan peredaran darah.
Pakai Stoking Basah
Satu lagi cara yang unik pada saya. Rendam kaki ke dalam air panas, dan rendamkan sepasang stoking dalam air sejuk, perah dan sarungkan pada kaki. Kemudian lapiskannya dengan stoking yang kering. Cara ini akan meredakan demam dengan menyalurkan darah ke bahagian kaki.
Balut Tubuh Dengan Kain Basah
Ini cara orang dulu-dulu. Rendamkan cadar atau selimut dalam air sejuk (usah terlalu sejuk), perah dan balut badan anda dengannya bersama tuala. Biarkan dalam 15 minit atau sehingga cadar atau selimut tadi bertukar panas.
Mandi Air Suam
Cara ini akan membantu menurunkan suhu badan yang panas. Elakkan mandi air sejuk dengan kerap kerana cara ini akan menghantar darah ke organ dalaman yang mana tubuh anda sebenarnya berlindung daripadanya kala melawan kesejukan.
Minum Air Dengan Banyak
Cara paling mudah tapi tidak ramai yang mengamalkannya. Minum air kosong lapan hingga 12 gelas sehari. Badan perlu kekal hidrat untuk sihat. Boleh juga minum air yang kaya dengan vitamin C seperti jus oren.