SENI KONTEMPORARI ILHAM PEDRO, PILIHAN SEPATU DAN BEG BUAT WANITA & LELAKI MODEN
Ilham gerakan seni kontemporari tampil cukup menyerlah menerusi koleksi musim luruh/sejuk 2019 Pedro. Jika diteliti dengan cermat, Pedro cukup bijak mengadun elemen moden bersama gaya yang cukup klasik, jadi tidak hairan mengapa himpunan sepatunya sering menjadi pilihan untuk apa-apa saja acara, baik formal mahupun santai
Koleksi wanita moden
Untuk musim luruh/sejuk tahun ini, khusus untuk wanita di luar sana, Pedro hadir bersama idea serba moden dengan elemen malar segar. Setiap rekaan hadir dengan rekaan berstruktur, bentuk yang unik serta material serba eksklusif. Koleksi ini turut menampilkan tiga pengayaan berbeza dengan menyuntik mood kasual, korporat dan sofistikated. Seperti strappy sandal, strappy mules dan platform heels boleh dipadankan untuk stail korporat dan elegan, manakala rekaan chunky sneakers, Espadrille Sliders, Moccasins, Flat Ballerina dan Slingback Pointy-Toe Flat pula lebih menumpukan kepada gaya kasual. Rekaan beg tangan yang menjadi highlight seperti Croc-Effect Mini Bag hadir dengan rekaan cukup ringkas dan mudah dibawa. Mini Trapezoid clutch pula dengan multifungsi, lebih praktikal, tampak lebih moden dan unik. Rekaan dompet pula tampil lebih sleek dan moden bersama perincian mudah laras.
Koleksi lelaki moden
Ilham koleksi lelaki lebih fokus kepada refleksi gaya moden cukup segak digayakan. Dari pemilihan rona terang hinggalah ke perincian bold dan moden dilihat sebagai interprestasi baru untuk musim ini. Kali ini setiap koleksi hadir dengan elemen cukup berbeza berbanding koleksi musim lepas. Himpunan kasut seperti Loafers, Moccasins, Mules, Runners, Sneakers, Sandals, Casual Sliders, Derby Shoes dan Oxfords hadir kemas dengan setiap perincian yang unik. Seperti Tassel Leather Loafers anda boleh gayakan secara versatil sama ada kasual atau formal. Koleksi beg pula seperti beg galas memberi impak yang berbeza dan cukup moden. Untuk musim luruh/sejuk 2019 koleksi lelaki hadir juga bersama himpunan tali pinggang dan dompet.