Oleh : Farhana Fuad
Gambar : tpgimages
Sempena Aidilfitri ini, hero dari bumi Bollywood,Shah Rukh Khan mengambil keputusan untuk mengadakan majlis rumah terbuka. Ia dikatakan untuk meraikan kemenangan bersama ahli keluarganya.
Bahkan, Shah Rukh Khan juga dikatakan turut mengundang rakan-rakan serta rakan media untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang dirancang akandiadakan di kediamannya tidak lama lagi.
“Filem baharu berjudul Raees sudah diselesaikan dan kebetulan projek lain masih jauh lagi. Jadi sempena syawal saya hanya duduk di rumah untuk meluangkan masa dengan insan tersayang. Melihat rutin kami ketikaSyawal beberapa tahun sebelum ini, kami sekeluarga memeriahkan hari raya dengan mengundang teman-teman.
“Lagipun setakat ini tiada lagi perancangan ke mana-mana. Inilah masanya untuk saya meluangkan masa berkualiti dengan anak- anak sambil berehat dirumah. Cuma tarikhnya akan dimaklumkan kemudian,” kata Shah Rukh Khan kepada media antarabangsa.
Tambahnya lagi, selalunya tetamu yang hadir ke rumah terbuka aidilfitri yang dianjurnya akan merasai hidangan nasi beriyani yang dimasak sendiri oleh isterinya, Gauri.