Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan sekali lagi ditahan untuk pemeriksaan teliti di lapangan terbang antarabangsa Los Angeles. Ia kurang jelas akan sebab dia ditahan, namun ini bukanlah kali pertama artis popular filem hindi ini ditahan di Amerika.
Pada tahun 2012, ramai warganegara India di Amerika Syarikat yang marah apabila Shah Rukh ditahan selama 90 minit di Lapangan Terbang White Plain berdekatan New York.
Ketika tahun 2009 pula, Shah Rukh ditahan selama 2 jam di Lapangan Terbang Newark. Dirinya dibebaskan setelah campur tangan pihak kedutaan India di sana.
Ketika di dalam tahanan di Los Angeles, Shah Rukh sempat menghantar tweet ke atas Twitter miliknya yang bertulis:
I fully understand & respect security with the way the world is, but to be detained at US immigration every damn time really really sucks.
— Shah Rukh Khan (@iamsrk) August 12, 2016
Namun, setelah itu aktor Bollywood ini sempat menambah Tweet akan kelebihan kala ditahan:
The brighter side is while waiting caught some really nice Pokemons.
— Shah Rukh Khan (@iamsrk) August 12, 2016
Setakat ini tweet yang dihantar oleh Shah Rukh tidak mendapat sebarang komen rasmi dari pihak imigresen di Amerika Syarikat, namun Penolong Setiausaha Jabatan Negara AS mengenai hal ehwal Asia selatan dan tengah, Nisha Biswal memberi kata balas kepada Shah Rukh dengan menyatakan “sorry for hassle” serta menambah yang diplomat dari AS juga melalui proses sebegitu.
Ramai masyarakat India yang tertanya apakah sebabnya Shah Rukh sering kali ditahan kala melawati negara maju itu. Pernah pada tahun 2012, aktor kegemaran ramai ini tiba dengan jet peribadi menuju ke Universiti Yale untuk menghadiri sebuah acara tetapi kemudiannya ditahan oleh pihak imigresen di sana.
Kemudiannya, pihak kastam dan pihak berkuasa perlindungan sempadan memohon maaf atas insiden yang telah berlaku ke atas dirinya.