Oleh : Farhana Fuad
[soliloquy slug=”celebs-at-frontrow-ck”]
Minggu Fesyen New York (NYFW) telah pun berlangsung dengan penuh bergaya dan punya aliran fesyen terkini buat dunia fesyen dan stail masa kini. Calvin Klein yang mengetengahkan himpunan segar musim luruh dari Francisco Costa menjadi tumpuan ramai serta barisan selebriti yang hadir memberi sokongan.
Antara bintang yang hadir termasuk Margot Robbie, Kendall Jenner, Abbey Lee Kershaw dan Adwoa Aboah yang mana masing-masing muncul dalam kempen musim bunga 2016, Zoe Kravitz & Twin Shadow, bintang K-pop CL dari Korea serta jemputan pengarang fesyen dari serata dunia, penata gaya, retailers dan individu berpengaruh.
Koleksi Calvin Klein kali ini membawakan gaya yang mengeksplorasi stail erotik urban dengan potongan baru dan penggunaan fabrik mewah. EH! kongsikan gambar sekitar acara pementasan koleksi Calvin Klein terkini buat idea dan inspirasi gerobok fesyen anda tahun ini.
[soliloquy slug=”ck-at-nyfw”]