Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Yuna
Aplikasi Waze yang memudahkan perjalanan anda tidak kira ke mana jua kini lebih mengujakan apabila Calpis, jenama minuman kultur dari Jepun memilih menggunakan alunan suara Yuna di aplikasi telefon pintar pilihan ramai itu.
Kini, anda tidak perlu lagi tertekan dengan kesesakan jalan raya apabila mendengar sahaja nyanyian ringkas Yuna menerusi aplikasi tersebut dan dalam masa yang sama membawa anda terus ke destinasi yang dituju dengan lebih lancar.
Umum tahu yang kesesakan trafik lalu lintas di Malaysia membuatkan ramai pemandu memilih untuk menggunakan aplikasi Waze dan ia sekaligus menjadi seakan satu trend pengguna jalan raya di Malaysia.
Disebabkan itu, Calpis memilih untuk memberikan pengalaman bermakna buat pemandu kenderaan di Malaysia dengan Waze. Suara Yuna akan menyanyikan setiap arah tuju di dalam trafik dengan melodi yang tersendiri.
Calpis yang terkenal dengan minuman kultur turut melancarkan perasa baharu iaitu dengan perisa anggur yang mana akan hadir dalam botol bersaiz 350ml dan 1 liter.
Gambar : Instagram Yuna
“Saya teruja dan saya berharap saya boleh menyalurkan sedikit keterujaan kepada peminat saya yang tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Saya juga berharap rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati di jalan raya. Kekal tenang di dalam trafik, berehat seketika ketika dalam perjalanan jauh dan ambil Calpis untuk kembalikan kesegaran.” ujar Yuna.
Bagi anda yang mahu menikmati kemudahan aplikasi ini, muat turun Waze di Apps Store atau pun Play Store. Setelah siap dipasang, pilih butang ‘menu‘ option, klik pada ‘settings‘, pilih ‘sound‘ dan akhir sekali tekan butang ‘English (UK) – Yuna | Calpis.