Putus cinta memang mudah, tetapi tidak semudah itu untuk melupakan. Betul tak?
Sememangnya jatuh cinta itu memang mudah, dan jika nak berputus cinta itu pun mudah. Tetapi ketahuilah yang kesannya amatlah menyakitkan dan agak berat untuk melupakan si dia, hendak pula jika sudah bertahun-tahun bercinta.
Tapi apakan daya jika bukan dia jodoh kita dan tidak bermakna anda patut bersedih serta emosi sepanjang masa. Cuba ikuti cara ini untuk hilangkan si dia dari ingatanmu.