Taylor Swift memfailkan dakwaan punggungnya diraba dengan sengaja oleh DJ radio Denver, David Mueller.
Menurut laporan media, Taylor turut menguatkan keterangannya dengan imej grafik serta kesan emosi yang terganggu akibat insiden itu. Peguam bela kepada Mueller turut mengajukan soalan kepada Taylor mengenai pertuduhan tersebut.
Soalan tersebut bertanya mengenai insiden yang berlaku sekitar tahun 2013 ketika sesi suai kenal. Taylor menjawab “Sebaik sahaja dia memegang punggung saya, saya terus terkejut dan menjauhinya sehinggakan saya tidak dapat mengucapkan terima kasih kepadanya kerana hadir, seperti mana yang selalu saya ucapkan kepada semua orang.”
Menurut Taylor ketika itu dia sedang berada pada posisi ingin mengambil gambar bersama Mueller dan sahabat wanita DJ tersebut dan dia terlalu terkejut dengan atas apa yang terjadi.
“Ia seolah seseorang menutup tirai personaliti saya,” tambah Taylor lagi.
Penyanyi popular dunia ini juga menjelaskan yang mana Mueller telah meraba punggungnya terus dari celahan skirtnya.
“Dia memasukkan tangannya di bawah skirt saya dan memegang punggung saya betul-betul ketika saya ingin bergambar dan saya rasa dia sengaja melakukannya pada ketika itu,” kata Taylor.
Namun, Taylor meminta kepada mahkamah menerusi kes terbarunya ini supaya tidak mendedahkan gambar dirinya bersama Mueller tersebut. Pabila peguam bela kepada Mueller bertanya lagi kepada Taylor mengenai gambar yang dilampirkan kepada mahkamah tersebut, Taylor menjawab, “Mustahil untuk saya ingat semula jika momen dalam gambar ini adalah sebelum atau ketika dia sedang memegang punggung saya, tetapi apa saya boleh kata, saya berada di situ dan saya rasakannya, jadi saya tidak hanya melihatnya menerusi sekeping gambar selepas kejadian.”