Gambar : TheSun.co.uk
Gambar : TPGimages
Berita perpisahan pasangan selebriti terkenal dunia, Taylor Swift bersama Calvin Harris masih segar bugar dalam ingatan ramai setelah Taylor dikatakan memutuskan perhubungannya kira-kira dua minggu lalu. Namun pada ketika ini, hangat pula gosip yang mengaitkan Taylor bersama bakal aktor filem James Bond iaitu Tom Hiddleston.
Apa yang mengejutkan, mereka terlihat cukup mesra dan intim bersama dengan melakukan aksi ciuman di kawasan umum. Laporan media antarabangsa menyatakan yang pasangan ini mula kelihatan rapat setelah menari bersama di acara Met Gala Mei lalu.
https://www.youtube.com/watch?v=WvjKBHUbN8U
Ramai pengunjung yang sedang bersiar di persisiran pantai Misquamicut di Rhode Island, Amerika Syarikat menyaksikan adegan intim mereka. Dikatakan mereka saling berpelukan dan berciuman tanpa menghiraukan lebih kurang 20 orang pengunjung yang berada di pantai tersebut.
Sumber terdekat dengan Taylor turut menyatakan Tom telah memikat Taylor sejak mereka mula bertemu. Dia sering menghantar jambangan bunga kepada Taylor. Taylor turut terpikat dengan Tom.
Beberapa keping gambar turut dirakam di tepian batu-batuan pantai melatari mansion Taylor yang bernilai £12m di Watch Hill. Taylor pernah berparti bersama bekas kekasihnya, Calvin Harris, Ed Sheeran, Gigi Hadid dan band Haim di mansion itu sebelum ini.
Taylor dan Tom dikatakan berpegangan tangan ketika berjalan bersama. Ketika mereka duduk bersama menikmati pemandangan indah di pantai kesukaan Taylor ini, Tom juga kelihatan agak romantis dengan menyarungkan jaketnya ke atas bahu Taylor yang mungkin sejuk ketika itu.
Malah mereka juga sempat mengambil beberapa selfie dan menari bersama. Laporan media antarabangsa melaporkan yang Tom juga pernah menyatakan yang Taylor seorang yang “very charming” dan “she is amazing.”
Menurut laporan The Sun, Taylor yang sebenarnya mengakhiri hubungannya dengan Calvin setelah 15 bulan bersama kerana dikatakan Calvin tidak boleh serius untuk langkah seterusnya iaitu perkahwinan dan mempunyai anak.
Laporan juga menerangkan bahawa perpisahan Calvin dan Taylor tiada kaitan dengan pihak ketiga. Ia hanya disebabkan perpisahan Taylor dan Calvin masih lagi baru dan Taylor sudah seakan mempunyai hubungan intim bersama kekasih barunya dan situasi ini membuatkan Taylor kelihatan kejam ke atas Calvin.