Pereka Innai Red iaitu Juliana dan Arene berkongsi tip berguna untuk anda yang bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi untuk memilih busana yang cantik dan terbaik untuk hari perkahwinan anda nanti.
Tip 1 : Ketahui jumlah wang yang di peruntukkan untuk busana pengantin. Dari bajet tersebut kita dapat ‘bekerja’, yakni memilih fabrik, rekaan serta perincian.
Tip 2 : Jika pengantin mahukan sesuatu yang ringkas, seeloknya pilih rona putih atau ivory, kerana jika pilih rona berbeza bimbang pengantin akan tampil seperti tetamu. Jika mahu menggayakan busana ringkas dan berwarna, kenakan aksesori seperti layah agar penampilan anda sebagai ratu sehari lebih menyerlah.
Tip 3 : Pengantin perempuan perlu tahu apa busana pengantin lelaki mahu gayakan. Jika pengantin lelaki mahu tampil dalam helaian tradisional, maka pengantin perempuan mestilah membawa konsep serupa, supaya tidak pelik jalan seiringan dan pereka dapat menyediakan gaun moden untuk dipadankan.
Tip 4 : Rekaan dan perincian mestilah sesuai dengan bentuk tubuh. Jika bertubuh plus size, elakkan memilih renda code Perancis, sebaliknya renda chantilly kerana rendanya lebih lembut dan taburan rendanya lebih kecil.
Tip 5 : Pabila menggayakan aksesori tentukan ia tidak menenggelamkan busana kahwin anda. Ini Penting!