Gambar: INGimage
Bekerja dari rumah secara sepenuh masa ada kebaikannya asalkan anda tahu cara untuk mengekalkan produktiviti, keseimbangan kerja, berdisiplin dan menjalin hubungan bisnes dengan baik. Ikuti tip mudah EH! sebagai panduan supaya kerja lancar dan matlamat anda berjaya.
Membahagikan Masa
Sediakan jadual kerja dan patuhinya. Cara terbaik untuk mengekalkan disiplin waktu kerja adalah dengan memiliki satu garis panduan yang cukup jelas mengenai tempoh masa bekerja dan masa mengurus kehidupan di rumah.
Berpakaian seperti bekerja
Elakkan memulakan kerja di dalam keselesaan pakaian tidur kerana ia bukan suatu kelebihan bekerja di rumah. Siapkan diri anda sebagaimana anda ingin keluar bekerja di pejabat untuk memberikan peringatan bahawa anda sedang bekerja.
Kerja Sambilan untuk Sara Hidup
Elakkan gangguan
Jauhkan segala gangguan sebagaimana anda bekerja di pejabat. Beritahu ahli keluarga anda bahawa kediaman itu adalah pejabat anda. Ini akan menjarakkan anda dengan mereka sepanjang tempoh anda bekerja supaya mereka tidak mengganggu anda ketika waktu kerja dan anda juga dapat memberi lebih tumpuan.
Ruang kerja
Sediakan sebuah ruang profesional untuk bekerja di rumah seperti ruang kerja anda di pejabat. Ruang ini perlu berwajah ala pejabat dan terletak di suatu sudut kediaman yang tenang dan bukan tempat tumpuan keluarga berkumpul.
Waktu rehat
Berehat seketika dari tugasan anda. Berikan masa secukupnya untuk waktu makan tengah hari biarpun ketika bekerja di rumah. Ingatkan diri anda bahawa anda juga mempunyai kehidupan harian, dan ia akan membantu meredakan tekanan ketika waktu bekerja.