Sembur cecair penghalau nyamuk yang sesuai untuk kulit
Mungkin sesetengah orang mempunyai masalah alahan pada cecair penghalau nyamuk ini. Namun, ia sebenarnya sangat berkesan dalam menghalau nyamuk. Cara yang terbaik adalah menggunakannya mengikut arahan yang telah dinyatakan dengan betul kerana segelintir individu tidak menggunakannya dengan betul. Apa yang anda patut lakukan adalah semburkan sedikit pada telapak tangan dan gosok pada bahagian siku, pergelangan kaki, pergelangan tangan, dahi, dan sekitar bahagian kulit yang mempunyai lapisan tipis. Ulangi penggunaan dalam masa satu jam untuk pastikan ia tahan lama.\