Gambar: INGimage
Lilin beraroma mampu memberikan ruang dalam kediaman anda dipenuhi aroma harum dan segar sentiasa. Ianya juga dikatakan mampu memberi impak pada mood seseorang. Ianya boleh digunakan pada ruang dapur, ruang tamu, bilik dan juga bilik mandi. Tetapi pengguna juga harus tahu cara betul penggunaan lilin beraroma ini. Bahkan keselamatan menggunakan lilin wangian ini perlu diberi perhatian agar tidak mengundang sebarang perkara buruk.
Ikuti tip yang EH! kongsikan ini untuk menggunakan lilin beraroma.
- Segarkan suasana dengan memasang lilin beraroma dua jam sebelum tetamu datang. Satu lilin sahaja sudah memadai untuk ruang tamu bersaiz sederhana.
- Menurut Estelle Omnes, Pengurus Area Asia Pasifik, Diptyque, letakkan lilin berhampiran dengan pintu masuk (doorway) ia adalah tip mudah untuk impress teman yang berkunjung.
- Anda perlu bijak memilih jenis aroma lilin wangian ini yang juga bergantung pada kesesuaian kawasan tersebut. Aroma sitrus sesuai untuk diletakkan di bahagian dapur kerana ia mengeluarkan bau bersih dan segar. Aroma spicy sesuai untuk diletakkan di dalam bilik tidur dan aroma kebungaan pula sesuai diletakkan di dalam bilik mandi.
- Elak letak lilin beraroma berdekatan dengan tingkap yang mana boleh terdedah pada cahaya matahari atau di bahagian spotlight yang mampu menjana haba panas kepada lilin.
- Jangan bakar lilin lebih dari empat jam.