Anda mengalami masalah pori wajah besar? EH! kongsikan tip untuk kecilkan pori wajah dengan berkesan dan secepatnya.
Gambar: INGimage
Pori adalah liang halus pada wajah. Seharusnya ia tidak boleh kelihatan pada wajah kerana ia kecil. Namun, ramai orang yang mempunyai pori wajah yang kelihatan besar dan ketara. Pastinya ia membuatkan ramai yang mengalami masalah ini tidak gembira dengannya.
Malangnya, anda haruslah berjumpa dengan pakar dermatologist untuk mengurangkan saiz pori dan sudah semestinya memakan kos yang tinggi. Tetapi anda sebenarnya boleh membuatkan pori wajah kurang ketara dan hampir tiada langsung dengan tip yang EH! kongsikan ini.