1. Pastikan kulit wajah sentiasa bersih.
Pabila kotoran menyekat rongga atau pori wajah, ia akan membesarkan lagi liang tersebut. Jadi, ia penting untuk anda sentiasa mencuci wajah dengan pencuci yang lembut sebelum tidur untuk membuang segala kotoran, habuk dan minyak. Pastikan juga anda menggunakan berus solekan yang bersih serta elak dari menyentuh wajah dengan jari yang tidak dibersihkan terlebih dahulu.