7. Gunakan krim tabir suria.
Pastinya anda sudah muak mendengar nasihat pakar agar menggunakan krim tabir suria setiap hari sebelum keluar dari rumah. SPF adalah satu keperluan asas untuk kulit setiap hari dalam rutin harian. Cara terbaik untuk elak pori membesar, adalah dengan melindungi diri dari terdedah pada selaran cahaya matahari.
8. Masker wajah
Penggunaak masker wajah yang mengandungi clay atau arang memberi impak luar biasa dalam menyerap lebihan minyak dari pori wajah. Ia sekali gus mengecilkan pori pada kulit anda.
9. Rawatan laser
Laser boleh mengurangkan saiz liang pori. Rawatan bersiri laser membantu dalam pembentukan kolagen dan menjadikan kulit wajah gebu serta mengecilkan pori.