Oleh : Farhana Fuad
Gambar : shutterstock
Boleh dikatakan, majoriti masyarakat di Asia mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Bahkan, ramai yang menanam impian untuk turun berat badan dengan pelbagai cara, namun tidak semua berjaya merealisasi tubuh idaman.
Jadi, EH! senaraikan tip berkesan untuk menurunkan berat badan dengan segera yang boleh anda mula praktiskan.
- Selepas sarapan, amalkan minum air kosong.
Ketika bersarapan pagi, tidak mengapa untuk anda ambil jus minuman. Tetapi selepas bersarapan pagi, seeloknya anda amalkan pengambilan air kosong. Kajian mendapati pengambilan minuman bergula tidak semestinya membuatkan anda berasa kenyang seperti makanan.
- Kurangkan menonton TV.
Kajian mendapati lebih kerap kita menonton TV, lebih kerap kita akan makan. Lebih baik anda amalkan berjalan daripada duduk dan menonton program TV yang sememangnya tidak membantu mengurangkan berat badan berlebihan. Perlu ada keseimbangan antara berhibur dan aktiviti yang menyihatkan.
- Aktiviti mencuci seminggu sekali.
Tidak kira mencuci lantai, jendela, ruangan mandi, jubin bilik mandi atau mungkin kereta anda. Percayalah yang anda akan kehilangan 4 kalori pada setiap minit ketika anda mencuci. Skrub selama 30 minit mampu membakar hampir 120 kalori, amaun yang sama dengan separuh cawan yogurt vanila.
- Hidu sebiji pisang, sebiji buah epal atau sehelai daun pudina ketika lapar.
Mungkin ramai yang berasakan yang ia mustahil tetapi hakikatnya ia berkesan menurunkan berat badan. Kajian di Amerika Syarikat mendapati lebih kerap kita menghidu makanan-makanan ini, kita akan lebih berkurang rasa lapar seseorang dan sekaligus ia membantu dalam menurunkan berat badan. Sebuah teori turut menyatakan yang mana dengan menghidu makanan mampu menghantar signal kepada otak yang mana membuatkan anda berfikir sedang memakan makanan tersebut.
- Merenung rona biru.
Ada sebab kenapa tidak banyak restoran makanan segera didekorasi dengan warna biru kerana rona selain biru bertujuan untuk meningkatkan selera makan. Jadi, hidangkan makanan anda dalam pinggan berona biru, berpakaian rona biru ketika makan dan gunakan pelapik meja makan dengan rona biru. Elak dari melihat rona merah, kuning dan oren ketika di ruangan makan. Kajian mendapati ia boleh menggalakkan selera makan.