Oleh : Farhana Fuad
Gambar : byphasse
Gambar: Shutterstock
Setiap hari kita akan mandi sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari. Jadi, tidakkah anda rasa anda patut cuba cara yang terbaik untuk mandi dengan sempurna?
Mandi tidak perlukan masa yang panjang atau berjam-jam di kamar mandi jika mahukan tubuh yang bersih dan harum. EH! nyatakan lima cara mandi dengan bersih sempurna yang anda boleh mula amalkan dari sekarang.
Elak mandi air panas.
Sememangnya kita tahu bahawa air panas boleh membuatkan segala jenis bakteria pada kulit terhapus. Namun, usah sehingga membuatkan kulit menjadi kekeringan atau dihidrasi dek kerana kekerapan mandi dengan air panas. Gunakan air suam sudah memadai untuk membersihkan badan.
Gunakan syampu pada bahagian yang betul.
Ramai orang menyapu sebahagian besar syampu pada seluruh rambut, tetapi sebenarnya, ia lebih baik untuk anda fokus pada bahagian kulit kepala, akar rambut dan bahagian tengkuk. Ia kerana kotoran dan minyak sering terkumpul di bahagian tersebut. Idea yang baik juga untuk anda mengurangkan penggunaan syampu pada bahagian hujung rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut kering dan bercabang.
Ganti berus skrub tubuh sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Berus atau span mandian boleh memerangkap bakteria serta kulat. Sebaiknya, pastikan berus mandian dibersihkan dan dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum kegunaan seterusnya. Jangan gunakannya pada kulit wajah kerana ia boleh menyebabkan kulit wajah mengalami masalah radang dan sekaligus menyebabkan kulit kering.
Mandi sekejap.
Kekalkan mandian sekitar lima hingga 10 minit sahaja. Tergantung jika anda ingin mencukur. Tidak mengapa untuk mandi di bawah pancuran air sedikit lama, tetapi jangan terlalu kerap kerana ia akan mengakibatkan kulit dihidrasi dan kegatalan.
Pakai pelembap setelah mandi.
Sejurus selepas mandi, sapukan pelembap pada kulit. Kemudian sapukan losen pada kulit sebagai lapisan akhir agar kulit kekal lembap dan melindungi lapisan epidermal.
——————————————————————————————————————————————————————————————
Sebaiknya, gunakan gel mandian yang mampu mengelakkan dari masalah kulit hidrat. Sekaligus ia akan melindungi kulit dari adanya masalah jerawat badan. EH! cadangkan set lengkap mandian serta penjagaan rambut dari Byphasse demi memastikan kulit tiada lagi masalah kering dan sekaligus melembut serta melembapkan kulit.
Tightening Effect Body Milk
Sesuai untuk semua jenis kulit. Tightening Effect Body Milk mampu mengabadikan kulit elastik. Vitamin E yang terkandung di dalamnya diformulasikan dengan khasiat menghidrat dan menyihatkan kulit.
Krim Badan Byphasse
Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit. Krim mandian ini dihasilkan dengan ekstrak bunga passion yang memberikan sesi mandian anda lebih relaks dan santai. Keharumannya juga turut mempersonakan dan membawa anda terbang ke hutan tropika Latin Amerika.
Gel Mandian Byphasse
Ekstrak bunga ylang-ylang mampu memberikan momen yang ternyata relaks kala sesi mandian. Bau harumannya membawa anda terus ke aroma hutan tropika di Pulau Comoros.
Shampu Rambut Byphasse
Shampu dari shea butter dan madu ini nyata melembutkan dan menyihatkan rambut yang kering dan rosak.
Gel Pencuci Wajah Byphasse
Ia turut berfungsi sebagai gel pembersih solekan yang diperkaya dengan vitamin E. Mencuci dengan penuh sempurna serta mengeluarkan saki-baki solekan disamping memastikan keseimbangan semula jadi kulit.
Masker Rambut Byphasse
Masker rambut yang diperbuat dari kandungan shea butter dan madu ini mampu merawat rambut kering dan rosak. Sekaligus ia melembutkan dan menyihatkan rambut.
Perapi Rambut Byphasse
Perapi rambut dari Byphasse ini mengandungi shea butter dan madu yang mampu mengatasi masalah rambut kering serta bercabang.